Sabtu, 26 Februari 2011

Pengenalan Kepada pemboleh ubah

Pengenalan kepada pemboleh ubah / variables

Di dalam sesuatu penyiasatan (fair test) , terdapat beberapa faktor atau perkara yang difikirkan oleh pengkaji sebelum penyiasatan itu dijalankan. Faktor-faktor tersebut ialah faktor atau perkara yang ingin diubah oleh pengkaji (what is changed / manipulated variable) , faktor atau perkara yang ingin diukur / diperhatikan/bergerakbalas (what is measured/observed dan perkara yang perlu disamakan/dimalarkan (what is kept the same / constant variable). Kesimpulannya langkah awal dalam penyiasatan, pengkaji perlu fikirkan tiga pembolehubah berikut iaitu :-

a) What is changed ( manipulated variable)
diubah ( pembolehubah manipulasi)
- perkara yang sengaja diubah oleh pengkaji dalam eksperimen atau penyiasatan yang dijalankan. Kebiasaannya pembolehubah ini hanya ada satu sahaja.



b) What is measured /observed ( responding variable)
- faktor atau perkara diperolehi atau direkodkan.
- perkara yang diukur atau direkodkan oleh pengkaji .
- hasil penyiasatan


c) What is kept the same ( constant variable) - perkara atau faktor yang perlu disamakan supaya ia tidak akan mempengaruhi atau menganggu keputusan penyiasatan. What is changed (perkara diubah ) dan what is measured/observed (perkara yang diukur /diperhatikan) tidak boleh dijadikan sebagai what is kept the same (pembolehubah malar). 


CONTOH SOALAN 1
Ani and her friends carried out a fair test to find out if plants need sunlight to grow well.
Two potted plants of the same size are placed as shown in the diagram below. The plants are watered everyday. They make an observations for 7 days.
Ani dan rakan-rakannya menjalankan satu penyiasatan untuk mengkaji samada tumbuhan memerlukan cahaya untuk hidup subur, Dua pasu tumbuhan yang sama saiz diletakkan ke dalam bekas seperti dalam rajah di bawah. Tumbuh-tumbuhan disiram air setiap hari. Mereka membuat pemerhatian selama 7 hari.





a) State the following
Nyatakan perkara berikut
i) What is changed ( manipulated variable) ?
diubah (pembolehubah manipulasi)?

...................................................................................................................
[ Calon perlu memikirkan apakah perkara atau faktor yang diubah dalam penyiasatan ini. Tumbuhan di dalam pasu A mendapat cahaya matahari , manakala tumbuhan di dalam pasu B tidak mendapat cahaya matahari. Oleh itu jawapan yang sesuai adalah " the presence of sunlight (keadaan tumbuhan) dan mungkin juga calon juga boleh menjawab " the plants get sunlight or does not get sunlight"]

ii) What is observed (responding variables)
Apakah yang diperhatikan /diukur ( pembolehubah bergerakbalas)?
...................................................................................................................
[ Calon perlu memikirkan faktor atau perkara yang ingin dijadikan oleh pengkaji sebagai hasil yang diukur atau diperhatikan. Ternyata dalam eksperimen ini, pengkaji ingin melihat samada tumbuhan itu mati/layu atau masih hidup selepas 7 hari. Oleh itu lebih sesuai calon menjawab " the condition of the plants (keadaan tumbuhan ) atau the plant dies or stays alive (tumbuhan mati atau hidup sebagai pilihan jawapan.
iii) What is kept the same (constant variable)
Apakah yang disamakan ( pembolehubah malar )?
....................................................................................................................
[ Calon perlu memikirkan apakah perkara yang perlu disamakan supaya tidak mempengaruhi atau menganggu penyiasatan. Antara jawapan yang berkemungkinan difikirkan ialah the type of plants (jenis tumbuhan, the amount of soil (jumlah tanah), the presence of water (kehadiran air) dan banyak lagi]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan