Jumaat, 14 Oktober 2011

Kisah Semalam - Ibnor Riza

Hari ini
Pagi menjelma lagi
Melepaskan kisah semalam

Indah nian
Bagai yang di mimpi
Terbayang segala kenangan
Nan riang ku rasai

Ku mencari
Menjejak rasa hati
Menyelami rasa rinduku

Ku mencari
Pasti ku mencari
Sehingga ketemui dinaluri insan ini

Terukir indah kata mesra
Begitulah kasih sayang

Oh kurnian Tuhan
Seluruh alam semesta
Sepi kini tiada lagi
Hanya dikau yang di sisi
Rela menghadapi
Segalanya yang pasti terjadi...
(Oh sayangku)

Kini pasti
Mimpi yang aku genggami
Begitu nyata sekali

Kini riang
Sungguh mesra rasa
Tercapai semua yang pernah
Aku impikan

Isnin, 10 Oktober 2011

KTM Intercity: pakej lawatan untuk pelajar sekolah dah umum

KTM Intercity: pakej lawatan untuk pelajar sekolah dah umum: ~ harga pakej termasuklah : tiket perjalanan pergi / balik (kelas 3) penginapan pengangkutan sepanjang lawatan makan dan minum ~ tiket ...

Sabtu, 8 Oktober 2011

Hanya Kepada Mu Aku Berserah

kupersembahkan kepadaMu tuhan sekalian makhluk harapanku
sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Pemurah

tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku
kujadikan rayuan daripadaku sebagai jalan mengharap keampunanMu

maka bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini
kurniaanMu dan keampunanMu adalah rahmat dan kemuliaan

bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah kepadaku
dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku

semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
dan menutup dosa-dosaku dan setiap perkara yang telah lalu

sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
sekalipun dosa-dosaku itu memasukkan diriku ke dalam neraka

dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati tuhannya
dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

dia berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap
cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon

kupelihara kasihku yang dicemari nafsu
dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap
mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang-ulang

maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini
sedang keampunanMu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia

[Imam Asy-Syafie]

Sabtu, 26 Februari 2011

Pengenalan Kepada pemboleh ubah

Pengenalan kepada pemboleh ubah / variables

Di dalam sesuatu penyiasatan (fair test) , terdapat beberapa faktor atau perkara yang difikirkan oleh pengkaji sebelum penyiasatan itu dijalankan. Faktor-faktor tersebut ialah faktor atau perkara yang ingin diubah oleh pengkaji (what is changed / manipulated variable) , faktor atau perkara yang ingin diukur / diperhatikan/bergerakbalas (what is measured/observed dan perkara yang perlu disamakan/dimalarkan (what is kept the same / constant variable). Kesimpulannya langkah awal dalam penyiasatan, pengkaji perlu fikirkan tiga pembolehubah berikut iaitu :-

a) What is changed ( manipulated variable)
diubah ( pembolehubah manipulasi)
- perkara yang sengaja diubah oleh pengkaji dalam eksperimen atau penyiasatan yang dijalankan. Kebiasaannya pembolehubah ini hanya ada satu sahaja.



b) What is measured /observed ( responding variable)
- faktor atau perkara diperolehi atau direkodkan.
- perkara yang diukur atau direkodkan oleh pengkaji .
- hasil penyiasatan


c) What is kept the same ( constant variable) - perkara atau faktor yang perlu disamakan supaya ia tidak akan mempengaruhi atau menganggu keputusan penyiasatan. What is changed (perkara diubah ) dan what is measured/observed (perkara yang diukur /diperhatikan) tidak boleh dijadikan sebagai what is kept the same (pembolehubah malar). 


CONTOH SOALAN 1
Ani and her friends carried out a fair test to find out if plants need sunlight to grow well.
Two potted plants of the same size are placed as shown in the diagram below. The plants are watered everyday. They make an observations for 7 days.
Ani dan rakan-rakannya menjalankan satu penyiasatan untuk mengkaji samada tumbuhan memerlukan cahaya untuk hidup subur, Dua pasu tumbuhan yang sama saiz diletakkan ke dalam bekas seperti dalam rajah di bawah. Tumbuh-tumbuhan disiram air setiap hari. Mereka membuat pemerhatian selama 7 hari.





a) State the following
Nyatakan perkara berikut
i) What is changed ( manipulated variable) ?
diubah (pembolehubah manipulasi)?

...................................................................................................................
[ Calon perlu memikirkan apakah perkara atau faktor yang diubah dalam penyiasatan ini. Tumbuhan di dalam pasu A mendapat cahaya matahari , manakala tumbuhan di dalam pasu B tidak mendapat cahaya matahari. Oleh itu jawapan yang sesuai adalah " the presence of sunlight (keadaan tumbuhan) dan mungkin juga calon juga boleh menjawab " the plants get sunlight or does not get sunlight"]

ii) What is observed (responding variables)
Apakah yang diperhatikan /diukur ( pembolehubah bergerakbalas)?
...................................................................................................................
[ Calon perlu memikirkan faktor atau perkara yang ingin dijadikan oleh pengkaji sebagai hasil yang diukur atau diperhatikan. Ternyata dalam eksperimen ini, pengkaji ingin melihat samada tumbuhan itu mati/layu atau masih hidup selepas 7 hari. Oleh itu lebih sesuai calon menjawab " the condition of the plants (keadaan tumbuhan ) atau the plant dies or stays alive (tumbuhan mati atau hidup sebagai pilihan jawapan.
iii) What is kept the same (constant variable)
Apakah yang disamakan ( pembolehubah malar )?
....................................................................................................................
[ Calon perlu memikirkan apakah perkara yang perlu disamakan supaya tidak mempengaruhi atau menganggu penyiasatan. Antara jawapan yang berkemungkinan difikirkan ialah the type of plants (jenis tumbuhan, the amount of soil (jumlah tanah), the presence of water (kehadiran air) dan banyak lagi]

Khamis, 24 Februari 2011

Bila jam berdetik...

Akhirnya muncul juga blog ku...
Meniti suatu perjalanan dalam kehidupan, setiap kali bila jam berdetik cita-cita terbesar adalah sewaktu menuju kesempurnaan. Sememangnya kita mesti berjuang dan terus berjuang, serta belajar menyingkap segala rahasia kehidupan yang sememangnya penuh dengan ranjau dan dugaan. Adakalanya kita tidak mampu untuk menghadapi itu semua namun langkah ini perlu kita teruskan.Perjalanan menuju kesempurnaan adalah proses yang menentukan setiap tapak langkah kita, langkah penuh kejujuran dan keikhlasan. Setiap hembusan nafas, detik jantung, dari siang menuju malam. Semua menuju titik yang sama, arah yang sama iaitu sebuah kesempurnaan.

Setiap insan mempunyai hak yang sama atas waktu. Tiada seorangpun melebihi dari yang lain. Namun semua tetap berbeda dalam menentukan sikapnya. Ada yang berjuang untuk melaluinya dengan membunuh waktu. Tidak pula sedikit yang merasakan sempitnya kesempatan yang dia ada.Namun apa rahsia terbesar dalam hidup ini? Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Bila jam berdetik akan memastikan langkah ini...terima kasih buat semua khusus buat isteri tersayang Roslaila Mat Zin...anak-anak yang sentiasa dihati...Amir Aiman, Nur Hanisah dan Nur Najla Qistina...ayah sayang kamu semua sampai bila-bila...bila jam berdetik !